KRT Samariang Aman 3

Bersatu, Bertoleransi, Bermuafakat

f Aktiviti Facebook Terkini

12 Aug 2026 · 12:26 PM
Lihat di Facebook →
11 Aug 2026 · 08:39 PM
Lihat di Facebook →
08 Aug 2026 · 08:05 PM
Lihat di Facebook →
Tiada perkongsian Bazaar untuk dipaparkan buat masa ini.

Berita & Pengumuman

KENYATAAN RASMI: Kemas Kini Peralihan Kepimpinan dan Pengurusan Persatuan

  1. Peralihan Kepimpinan: Encik Muhammad Hazim Abdullah telah memutuskan untuk mengundurkan diri daripada jawatan Pengerusi PERESA3K. Peletakan jawatan beliau akan berkuat kuasa secara rasmi sebaik sahaja proses serahan tugas (handover) yang melibatkan agensi kerajaan, pihak bank, dan urusan pentadbiran lain selesai sepenuhnya.

  2. Operasi Berterusan: Meskipun berada dalam fasa peralihan, pihak pengurusan serta operasi Skim Rondaan Sukarela (SRS) akan tetap berjalan seperti biasa tanpa sebarang gangguan.

  3. Pemilihan Barisan Kepimpinan Baharu: Jawatankuasa telah sebulat suara bersetuju untuk mengadakan sesi pencalonan dan pemilihan bagi melantik barisan Ahli Majlis Tertinggi (MT) yang baharu untuk Persatuan SA3 dan KRT SA3 (merangkumi Fasa 1 hingga 7).

  4. Proses Pencalonan: Borang pencalonan akan diedarkan dalam masa terdekat secara dalam talian melalui pautan Google Form bagi memudahkan urusan penduduk. Link tersebut adalah: https://forms.gle/NMWb2nxD736NN6DM7

  5. Tarikh Tutup & Saringan: Tarikh akhir pencalonan ditetapkan pada 14 Ogos 2026. Proses saringan, pengesahan persetujuan, dan sesi temu duga (sama ada melalui lawatan ke rumah atau sesi perjumpaan khas bersama calon) akan dilaksanakan sejurus selepas tarikh tersebut.

  6. Mesyuarat Agung Tahunan (AGM): AGM dijadualkan berlangsung pada 22 Ogos 2026. Ia terbuka kepada semua penduduk SA3 yang telah berdaftar secara rasmi di portal komuniti SA3.my. Tempat dan masa akan dimaklumkan pada masa akan datang.

    Disediakan oleh ICT.

KENYATAAN RASMI: PERKEMBANGAN TERKINI PEMBINAAN PONDOK KESELAMATAN DAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN SA3 BERSAMA PIHAK HSL

Untuk makluman semua, berikut adalah ringkasan hasil perbincangan dan ketetapan antara wakil SA3 dan pihak HSL berhubung isu-isu berbangkit:

1. Status Pembinaan Pondok Keselamatan

  • Lokasi: Telah ditetapkan secara kekal di atas tanah. Perkara ini telah dipersetujui oleh Penasihat dan Pegawai Keselamatan SA3, Encik A.N. Hidayat (Ayad).

  • Pengurusan Utiliti: Bekalan elektrik dan air akan disediakan serta diselenggarakan sepenuhnya oleh pihak HSL (merangkumi bil, dokumentasi, dan pengurusan proses).

  • Kelulusan dan Tempoh Pembinaan:

    • Proses kelulusan daripada pihak DBKU dijangka mengambil masa selama dua (2) bulan.

    • Sebaik sahaja kelulusan DBKU diperolehi, pihak HSL akan memulakan projek serta-merta dan ia dijangka siap dalam tempoh tujuh (7) hari tanpa sebarang kelewatan.

  • Spesifikasi Pondok Keselamatan:

    • Berkeluasan 3 meter x 2 meter (merupakan saiz pondok keselamatan terbesar setakat ini).

    • Dilengkapi dengan penyaman udara, sengkuap (awning), dan cermin berwarna (tinted glass).

    • Berasaskan konsep perkhidmatan kaunter (counter-service) dengan cermin berketinggian/ketebalan 0.3 hingga 0.5 inci.

    • Pihak HSL akan menyediakan lapan (8) titik pemasangan (points) untuk kamera litar tertutup (CCTV), manakala pemasangan sistem CCTV adalah di bawah tanggungjawab PERESA3K.

  • Palang Keselamatan (Boom Gate):

    • Pemasangan palang keselamatan tidak digalakkan buat masa ini bagi melancarkan proses kelulusan pihak DBKU.

    • Walau bagaimanapun, pihak PERESA3K boleh membuat permohonan dan menguruskan hal ini secara berasingan.

    • Sekiranya palang keselamatan ingin dipasang, ia hanya boleh dilakukan selepas pondok keselamatan siap sepenuhnya. Palang tersebut perlu dikendalikan secara manual dan beroperasi pada waktu malam sahaja (ketika pemantauan Skim Rondaan Sukarela - SRS).

  • Jangkaan Siap: Keseluruhan projek ini dijangka siap pada awal atau pertengahan Oktober 2026 (selepas urusan dokumen dan pembinaan selesai).

2. Makluman Tambahan daripada Pengarah HSL, Encik Yu Ji

Dalam sesi perbincangan bersama wakil SA3, pihak HSL juga telah memaklumkan perkara berikut:

  • Fasa Pembangunan Baharu: Pembangunan Fasa 20 hingga 25 telah disahkan dan dijangka akan dilaksanakan dalam tempoh dua (2) hingga empat (4) tahun.

  • Kawasan Komersial: Terdapat perancangan untuk membina rumah kedai (shoplot) dalam tempoh empat (4) tahun akan datang, namun ia tertakluk kepada prestasi jualan perumahan bagi setiap fasa.

  • Laluan Keluar Masuk: Pihak HSL telah mencadangkan penyediaan dua (2) laluan keluar/masuk. Walau bagaimanapun, pihak SA3 menolak cadangan tersebut dan bertegas untuk mengekalkan satu (1) laluan keluar/masuk sahaja seperti sedia ada demi menjamin keselamatan kawasan perumahan.

  • Taman Rekreasi: Taman yang terletak berhadapan Fasa 2 dan 3 akan dibangunkan dengan konsep "Taman Perpaduan" (menyamai konsep Reservoir Park). Ia merupakan kolam kering (dry-pond) yang dilengkapi dengan pokok-pokok dan laluan joging. Taman ini dijangka siap pada Oktober 2026, bersempena dengan "Perasmian Bersama DBKU" oleh Datuk Bandar (berserta gimik penanaman pokok).

Sekian, untuk makluman bersama.

Dikeluarkan oleh: Marhazli

Halaman utama

Sekadar info